Friday 14 December 2018

Fragile

Setiap perempuan itu fragile. Aku dia kami semua takut memberi peluang dan terus memberi ruang kerana tidak mahu lagi disakiti. Aku fragile. Aku mudah sayang. Aku mudah cinta. Aku mudah percaya.

Keyakinan ku apabila kau hadir dan sayang aku, bertambah. Oleh itu, aku dua kali ganda fragile. Aku tisu. Aku lemah. Aku rapuh. Dan disaat kau kata kau pergi, aku longlai. Aku jadi benci pada semua. Aku jadi tidak percaya diri.

Dalam sedar aku harus memaafkan diri. Maafkan diri yang berdosa pada sendiri. Memaafkan dan menjadi yang baru itu lebih adil. Selamat tinggal tahun kenangan. Esok esok jangan ketemu ya!

No comments:

Post a Comment